dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani .
saya merindui syahidah rahmat.mesti kamu semua tertanya-tanya siapa itu syahidah rahmat.baiklah,saya akan bercerita serba sedikit tentang beliau.saya memanggilnya dengan panggilan kak syida.actually kita orang baru sahaja kenal beberapa bulan.saya join kelab urusetia sumber manusia atau lebih dikenali sebagai kusma.kak syida ni salah seorang ajk kusma.sepanjang penglibatan saya dalam kelab tu saya tak pernah bercakap pun dengan dia.sampai satu masa di mana semua ahli kusma yang terlibat dengan kem motivasi dikehendaki hadir ke masjid kerana ada bacaan yasin dan sedikit taklimat ringkas.saya tak join kem motivasi tu sebab ada sedikit masalah kesihatan.tetapi saya datang masjid semata-mata untuk mendengar bacaan yasin dan menemani aloya.tun teja ke masjid agak jauh perjalanannya.mana mungkin saya membiarkan aloya pergi sendirian.seusai bacaan yasin dan taklimat kami semua bersurai.sebelum bersurai saya sempat menyalami tangan ajk kusma termasuk kak syida.masa tu la kak syida menegur saya dengan ramah sekali.saya macam pelik kerana dia sangat ramah secara tiba-tiba pulak tu.kita orang hanya sempat berbual sekejap sahaja kerana saya sangat lapar pada waktu itu.selepas pulang dari masjid saya singgah ke cafe sebentar ingin membeli roti canai untuk mengisi perut yang lapar.semasa dalam perjalanan ke cafe kak syida lalu menaiki motor bersama dengan kawan baiknya iaitu kak mimi.kak syida menyapa saya dan aloya dengan riang sekali.sampainya saya dan aloya di rumsis,aloya memberitahu bahawa kak syida ada mesej dia dan meminta nombor telefon saya.aloya meminta izin dan saya memberi keizinan.tiba-tiba hati saya terdetik ingin menghantar mesej kepada kak syida malam itu juga.tak sangka kak syida memberi respons yang baik.sejak daripada itu,kita orang sering mesej dan lepak bersama.sekarang saya dah mula cuti sem dan kami berdua terpaksa berpisah sebentar.walaubagaimanapun,kami tetap selalu mesej dan bertanya khabar.
muka mintak pelempang.haha. |
surat buat kak syida tersayang.
assalamualaikum..akak apa khabar?syada harap akak di sana baik-baik sahaja.tujuan syada menulis surat ini adalah ingin meluahkan rasa rindu dan sayang syada terhadap akak.akak sendiri tahu yang syada ni sangat-sangat sensitif.mana mungkin syada akan meluahkan perasaan sebegini depan akak.bukan apa,khuatir jika akak dan syada sama-sama mengalirkan air mata nanti.haha.syada ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada akak kerana sudi berkawan dengan syada yang muda daripada akak ni. :P .syada gembira dapat kenal dengan akak.akak selalu amik berat pasal syada.akak selalu dengar bebelan syada.akak selalu marah syada bila syada makan atau minum menggunakan tangan kiri.akak,benda lain kalau akak nak suruh syada ubah InsyaAllah syada boleh.tapi kalau ubah pegang sesuatu menggunakan tangan kanan sangat-sangat susah.syada memang ternyata kidal. =_=" .hari tu syada mengidam nak makan cekodok banana,akak buatkan syada cekodok banana.akak pergi pasar malam dekat sekolah menengah agama darul falah jalan kaki semata-mata nak beli pisang.jauh kot.serius,syada terharu sangat-sangat.terima kasih sebab buatkan syada cekodok banana with a lots of love.hee.akak selalu mengajar syada sesuatu yang baru tanpa akak sedari.sedikit sebanyak akak mengajar syada erti kasih dan sayang sesama manusia.pokoknya,akak seorang yang caring oh.syada nak beritahu akak yang syada sayang akak sangat-sangat.terima kasih atas segala-galanya.syada doakan akak panjang umur,murah rezeki,bahagia disamping keluarga dan orang tersayang,dilindungi dan diberkati oleh ALLAH,berjaya di dunia dan akhirat.amin..semoga perkenalan kita di masjid akan kekal hingga ke akhir hayat.