Friday, February 25, 2011

banana oh banana !

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani .


yoohoo.entry kali ini tentang pisang ya.ini kerana saya mengidam nak makan pisang.haha.serius,kalau boleh saya mahu pisang sekarang jugak.saya amat suka pisang.ia mempunyai rasa yang begitu enak sekali.urm,yummy.anda semua tahu tak tentang pisang ni?hah?tak tahu?owh,anda hanya tahu makan je.


kandungan pisang masak segar 

70% air,27% karbohidrat,1.2 protein,0.3% lemak dan 0.5% serat,disamping vitamin B dan C serta
sedikit vitamin A.lain-lain kandungan pisang ialah seperti kalium,tiamina,riboflavin,niasin,kalsium,magnesium dan fosforus.justeru itu pisang amat sesuai untuk diet kerana kandungan lemak,garam dan kolestrolnya yang rendah.

khasiat dan kegunaan

satu kajian yang dijalankan oleh para doktor di india mendapati dengan memakan dua biji pisang sehari selama seminggu,seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi dapat menurunkan kadar tekanannya sebanyak 10%.tekanan darah tinggi disebabkan terlalu banyak kandungan garam di dalam tubuh badan.dengan menjadikan pisang sebagai makanan sampingan, kesan tekanan boleh dikurangkan kerana pisang mengandungi banyak potassium yang boleh membantu mengurangkan garam di dalam badan.disamping sesuai untuk makanan awal bayi,pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari penyakit ulser dalam perut.justeru itu tidak hairanlah jika yayasan pemakanan british pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:" tidak ada makanan yang mempunyai nilai pengubatan yang luar biasa seperti pisang,di mana kehebatannya terasa jika dimakan berserta sayur-sayuran setiap hari ".selain kehebatan buahnya,cecair yang terdapat pada buah dan akar boleh dijadikan sebagai penawar untuk sakit kulit terutamanya pecah-pecah pada kaki dan penawar sakit gigi.sementara akar pisang yang dilumatkan pula boleh dijadikan demah pada bengkak-bengkak dan bisul bagi mempercepatkan keluar nanah.jantung pisang boleh dibuat kerabu atau pencecah sambal,tetapi jantung pisang serendah dan embun amat pahit untuk dimakan.jantung pisang juga boleh direbus bersama gula batu bagi penawar demam panas.bagaimanapun pengidap lelah atau asma dinasihatkan jangan memakan jatung pisang.sekian sahaja dari saya tentang khasiat pisang.assalamualaikum..

Monday, February 14, 2011

bruno mars .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani .

yoohoo.ini entry 100% tentang abang saya,bruno mars.haha.beberapa hari ni saya selalu dengar lagu dia.wahai abang bruno yang ku sayang,kenapa suara kamu begitu menyentuh perasaan adikmu ini?especially lagu again.i love this song very much.ia membuatkn saya terjatuh suka kat abang bruno.haih,gedik betul suka ni.di sini saya paparkan beberapa keping gambar abang bruno.

macho.

sexy kot.aumm,aumm.

that's all for today.sampai ketemu lagi ya.assalamualaikum..

Saturday, February 12, 2011

kembali rapat .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani .

~ natasyar afifa ~
 
yoohoo.saya mahu cerita sama kamu semua tentang macam mana saya boleh kenal dengan si sya ni.untuk pengetahuan kamu semua,saya telah terpilih menyertai plkn kumpulan 2 siri 7.saya dipilih oleh negara untuk berbakti kepada negara.yeah!haa,kami kenal di kem plkn bukit besar kulim kedah.pada 27/3/2010 hari sabtu,tarikh saya pergi plkn.kami naik bas yang lain-lain.masa tu kami tak kenal lagi.sampainya saya di kem tu,saya ditakdirkan 1 company delta dan 1 dorm pp8 dengan si sya ni.di sini la bermulanya perkenalan kami berdua.dorm pp8 adalah dorm yang akhir dan yang paling syok sekali.huhu.katil saya dengan sya selang 1 katil je.mula-mula kami tak rapat sangat.yela,baru je kenal.lama-lama tu,kami macam nak lebih rapat lagi.tapi sayang,tahap kerapatan tu sampai di tahap yang tidak memuaskan sebab kami ada salah faham sikit.sejak dari tu,hubungan kami berdua jadi renggang.sedih sangat-sangat.oh ya,salah faham apa?tak payah tahu laa,benda dah lepas.lagi pun kami dah saling memaafkan.yang penting,hubungan kami telah kembali rapat sejak balik dari kem.malah,lebih rapat laga.sya pernah bertandang ke rumah saay.huhu.now sya dah anggap saya sebagai best friend dan adik dia.serius,terharu dan happy sangat-sangat.sis,really appreciate it.thanks for being my best friend.may ALLAH bless you sis.BFF and sis till die.InsyaAllah..sayang kamu ketat-ketat.muwah.assalamualaikum..


Copyright 2011 . Template design by Fakru Razi