Friday, February 25, 2011

banana oh banana !

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani .


yoohoo.entry kali ini tentang pisang ya.ini kerana saya mengidam nak makan pisang.haha.serius,kalau boleh saya mahu pisang sekarang jugak.saya amat suka pisang.ia mempunyai rasa yang begitu enak sekali.urm,yummy.anda semua tahu tak tentang pisang ni?hah?tak tahu?owh,anda hanya tahu makan je.


kandungan pisang masak segar 

70% air,27% karbohidrat,1.2 protein,0.3% lemak dan 0.5% serat,disamping vitamin B dan C serta
sedikit vitamin A.lain-lain kandungan pisang ialah seperti kalium,tiamina,riboflavin,niasin,kalsium,magnesium dan fosforus.justeru itu pisang amat sesuai untuk diet kerana kandungan lemak,garam dan kolestrolnya yang rendah.

khasiat dan kegunaan

satu kajian yang dijalankan oleh para doktor di india mendapati dengan memakan dua biji pisang sehari selama seminggu,seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi dapat menurunkan kadar tekanannya sebanyak 10%.tekanan darah tinggi disebabkan terlalu banyak kandungan garam di dalam tubuh badan.dengan menjadikan pisang sebagai makanan sampingan, kesan tekanan boleh dikurangkan kerana pisang mengandungi banyak potassium yang boleh membantu mengurangkan garam di dalam badan.disamping sesuai untuk makanan awal bayi,pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari penyakit ulser dalam perut.justeru itu tidak hairanlah jika yayasan pemakanan british pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:" tidak ada makanan yang mempunyai nilai pengubatan yang luar biasa seperti pisang,di mana kehebatannya terasa jika dimakan berserta sayur-sayuran setiap hari ".selain kehebatan buahnya,cecair yang terdapat pada buah dan akar boleh dijadikan sebagai penawar untuk sakit kulit terutamanya pecah-pecah pada kaki dan penawar sakit gigi.sementara akar pisang yang dilumatkan pula boleh dijadikan demah pada bengkak-bengkak dan bisul bagi mempercepatkan keluar nanah.jantung pisang boleh dibuat kerabu atau pencecah sambal,tetapi jantung pisang serendah dan embun amat pahit untuk dimakan.jantung pisang juga boleh direbus bersama gula batu bagi penawar demam panas.bagaimanapun pengidap lelah atau asma dinasihatkan jangan memakan jatung pisang.sekian sahaja dari saya tentang khasiat pisang.assalamualaikum..


Copyright 2011 . Template design by Fakru Razi